Cuka Kayu kami masih on ya☺️😊
CUKA KAYU (Wood Vinegar).
MENGAPA PRODUK INI LARIS DIPASARAN??
.
🔅Cuka kayu telah digunakan secara meluas di negara-negara Jepun, Taiwan & Eropah untuk pertanian organik, hortikultur dan juga perladangan.
🔅Cuka kayu mengandungi pelbagai bahan aktif di dalamnya & ini membezakan ia daripada bahan kimia pertanian yang ada 2 atau 3 sahaja bahan aktif.
🔅Jika kita mahu bandingkan dengan ubat, cuka kayu boleh dikatakan sebagai ubat herba. Kekuatannya bukan datang daripada satu bahan sahaja tetapi gabungan antara 200 lebih bahan yang ada didalamnya. Kombinasi inilah membuatkkan cuka kayu menjadi bahan yang mampu mengawal penyakit dan perosak, meningkatkan bakteria baik, dan membantu perkembangan akar.
🔅Cuka kayu selamat untuk digunakan dan tidak memberi kesan buruk kepada manusia. Boleh dikatakan cuka kayu ibarat hormon baik yang akan diserap dalam daun, batang dan akar pokok. Ini seterusnya menjadikan tumbuhan lebih kuat, daun menghijau dan rintang (tahan serangan) pada perosak dan penyakit.
Cara mengaplikasikan cuka kayu untuk tanaman
CARA PENGGUNAAN:
💠Untuk kawalan makhluk perosak dan mikroorganisma pada lubang tanaman, bancuh 20ml cuka kayu untuk 1 liter air. Siram pada media tanaman 10 hari sebelum menanam.
💠Untuk mengelakkan hama dalam proses pembenihan, bancuh 1.5ml untuk 1 liter air, semburkan pada benih di tapak semaian setiap 10 hari.
💠Untuk mengawal makhluk perosak dan membunuh kulat merbahaya, bancuh 5ml untuk 1 liter air, semburkan pada pucuk dan daun seminggu sekali.
💠Untuk membasmi kuman dan meneutralkan pH tanah, bancuh 3.5ml untuk 1 liter air, siramkan pada akar pokok.
💠Untuk mengurangkan buah gugur dan menambah kualiti buah, bancuh 2ml untuk 1 liter air, semburkan pada putik buah.
💠Untuk kawalan serangga, bancuh 1ml untuk 1 liter air dan boleh dicampur dengan racun serangga lain.
💠Untuk kawalan rumpai/lumut, nisbah 20ml untuk 1 liter air , semburkan terus pada rumpai/lumut.
.
🔅Semburan hendaklah dibuat seminggu sekali agar dapat memberi kesan yang optimum. Jika tanaman kita sangat bermasalah, boleh tingkatkan kadar semburan kepada 3 kali seminggu. Apabila tanaman mula pulih, kurangkan kepada 1 kali seminggu.
🔅Jika tanaman telah teruk diserang penyakit atau perosak, bolehlah kita membuat penyemburan lebih kerap seperti 2-3 kali semburan dalam seminggu.
.
GUNAKANLAH SECARA SEDERHANA.
.
Walaupun banyak manfaat, kita janganlah guna cuka kayu pada kepekatan yang berlebihan. Saya boleh beri analogi cuka kayu seperti vitamin kepada manusia. Kalau kerap kita guna pun tiada manfaatnya pada diri. Kalau doktor rekomen makan pil vitamin sehari sekali, ikutlah nasihat doktor. Nanti terlebih dos boleh memudaratkan diri.
.
Begitu jugalah dengan cuka kayu. Jangan sebab teruja dengan manfaatnya, kita sembur pula setiap hari 😅.
Dapatkan Cuka Kayu Jenama Bayu Farm sekarang!!
https://wa.me/601159621007