BAYU FARM GROUP SDN. BHD.
202001027829 (1384149 – W)
LATAR BELAKANG RINGKAS
Perusahaan BAYU FARM ditubuhkan pada 20 Mac 2009 di Tamparuli, Sabah dengan nama asal Bayu de Agrotech Farm. Tujuan utama penubuhkan adalah untuk menjalankan aktiviti pertanian moden (soiless culture) iaitu pertanian tanpa menggunakan tanah, serta ingin memperkenalkan teknologi pertanian moden kepada masyarakat di sekitar Sabah. Teknologi tanaman yang dimaksudkan adalah tanaman sayuran secara FERTIGASI, iaitu kaedah tanaman yang tidak menggunakan tanah, di mana media tanaman yang paling banyak digunakan ialah ‘cocopeat’ atau habuk sabut kelapa. Kebaikkan penggunaan sistem fertigasi ini dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara pertanian konvensional dan inilah sebab utama mengapa ianya diminati ramai pengusaha pertanian moden. Kami boleh katakan perusahaan kecil kami ini telah menjadi antara perintis teknologi pertanian moden fertigasi di Sabah.
Sepanjang penubuhan, Bayu Farm telah giat menjalankan kursus fertigasi seluruh Sabah, pembekalan dan jualan barangan keperluan fertigasi, dan juga operasi menanam sayur- sayuran untuk jualan secara borong. Melihat perkembangan syarikat yang semakin baik, maka pada tahun 2020 pihak syarikat telah bersetuju untuk menubuhkan Syarikat Bayu Farm Group Sdn. Bhd. dengan 3 perusahaan iaitu Arra Jaya, Bayu de Agrotech Farm dan Bayu Services bagi tujuan perkembangan perniagaan yang lebih teratur dan besar. Oleh itu pihak syarikat telah menetapkan nama BAYU FARM sebagai brand name kepada syarikat agar mudah diingati dalam industri pertanian moden di Malaysia.
Sehingga masa ini, Bayu Farm masih giat menjalankan kursus secara bersemuka dan juga secara online bagi memenuhi permintaan masyarakat yang minat untuk mempelajari sistem tanaman moden fertigasi. Bayu Farm yang berdaftar di daerah Tuaran telah membangunkan kebun seluas 3 ekar dengan pelbagai jenis tanaman seperti cili, terung, timun, rockmelon dan beberapa jenis sayuran daun menggunakan kaedah fertigasi dan hidroponik. Selain itu, untuk tujuan kursus dan latihan pihak syarikat mempunyai fasiliti “Training Center” serta kebun contoh untuk tujuan perkongsian ilmu fertigasi dan hidroponik dengan konsep “AgroEducation”.
AKTIVITI PERNIAGAAN SYARIKAT
• Membekal dan menjual input-input dan keperluan pertanian.
• Menjual peralatan pertanian.
• Menyediakan perkhidmatan memasang set lengkap fertigasi.
• Menganjurkan kursus serta latihan fertigasi.
• Membekal dan menjual hasil-hasil pertanian.
Untuk segala pertanyaan boleh hubungi
Tuan Bayu -> 601159621007
ATAU HUBUNGI KAMI